Monday, October 4, 2010

Menulis Dokumen Awam mengikut Gaya UKM


Sekarang musim mahasiswa sedang demam menyiapkan tugasan, kertas kerja, laporan penyelidikan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan akhir bulan nanti. Bagi membantu anda yang menghadapi masalah untuk menulis “cara menulis rujukan” atau bibliografi, di bawah saya tampalkan bagaimana menulis rujukan yang bersifat dokumen kerajaan.

Sila rujuk entri terdahulu berjudul Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM berkaitan cara menulis rujukan berbentuk buku sebelum meneliti entri ini. Cara menulis rujukan bagi Dokumen Awam ini adalah mengikut Gaya UKM sahaja.


Menulis Rujukan DOKUMEN AWAM Mengikut Gaya UKM
Berikan maklumat yang lengkap.

Negara (atau negeri)/institusi terlibat diikuti noktah
Tahun penerbitan diikuti noktah
Bahan yang dirujuk (masukkan butiran lanjut) diikuti noktah


Contoh:

a. Dokumen awam yang diterbitkan

i. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


Akta Parlimen

Malaysia. 1990. Bernama Act 1967 (Revised 1990).(Act 449).

Malaysia. 1974. Environmental Quality Act. (Act 127).


Enakmen Dewan Undangan Negeri

Dewan Undangan Negeri Pahang. 1987. Enakmen pentadbiran ugama Islam dan adat Melayu Pahang No. 8/82 (Pindaan 1987).

Perbahasan di Parlimen (Penyata atau Hansard)

Dewan Rakyat Malaysia. 1984. Perbahasan rang undang undang mesin cetak dan penerbitan. Penyata rasmi Dewan Rakyat. 2(12): 1792 1850 Parlimen Keenam Penggal Kedua.

Laporan dan Dokumen (Kertas Perintah)

Dewan Rakyat Malaysia. 1986. Peristiwa Memali. Kertas Perintah 21, tahun 1986.

Dewan Rakyat Malaysia. 1988. Ke arah memelihara keselamatan negara. Kertas Perintah 14, tahun 1988.


ii. Penerbitan kerajaan (Persekutuan, Negeri)

Warta Kerajaan Persekutuan

Federated Malay States. 1926. Government Gazette 18(12): Notification No. 3178.

Federated Malay States. 1939. Sedition Enactment 1939 (Enactment No. 13 of 1939). Government Gazette 31(23).

Malaysia. 1981. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 1981. Warta Kerajaan 25 (8 Tambahan 1).

Malaysia. 1990. Akta Kehakiman 1964 (Akta 91). Warta Kerajaan 34(26): Nombor Makluman 10926.


Warta Kerajaan Negeri

Johor. 1990. Akta Eksais 1976: Peraturan peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977. Warta Kerajaan Negeri Johor 34(1).


Laporan Kerajaan Persekutuan

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan III: Pendidikan Islam.

Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010.

Ministry of Finance Malaysia. 2001. Economic report 2001/2002: 63-77.


iii. Laporan jawatankuasa

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1987. Pedoman umum ejaan bahasa Malaysia. Ed. ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1991. Pedoman umum pembentukan istilah bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


b. Dokumen awam yang tidak diterbitkan

Dokumen Kerajaan seperti surat menyurat yang mempunyai nombor koleksi sebagai pengenalan pasti, hendaklah digunakan nombor koleksi ini. Dokumen Kerajaan sejak zaman British banyak terdapat di Public Records Office dan India Office Library and Records (IOR atau pun IOL & R).

Kini, India Office Library menggabungkan juga Oriental Collection. Selain itu Singapura mempunyai koleksi atau bilangan siri tersendiri bagi Straits Settlements Records, iaitu siri A dan AA. Siri ini terdapat dalam mikrofilem yang didahulukan dengan NL, iaitu National Library. Koleksi di Arkib Singapura juga menggunakan NL. Selain itu untuk kemudahan, rujukan tambahan tempat bahan yang dirujuk itu dimasukkan dalam tanda kurung [ ]. Jika bahan demikian diperolehi di Arkib Negara Malaysia, bolehlah dimasukkan maklumat itu dan maklumat lain.

Board's Collection. IOR F/4/1069 (29204) 1828,1829. 1827. Surat Norman McIntyre kepada Secretary to the Government, Prince of Wales Island, Singapore and Malacca, 9 Ogos 1827.

CO 273/657/50601. 1939. Surat Governor Straits Settlements Sir T.S.W. Thomas kepada Secretary of State for the Colonies Malcolm MacDonald, 24 Januari 1939

Straits Settlements Records. IOR G/34/13. 1806. Surat A.B. Bone kepada H.R. Pearson, Secretary to the Government, Prince of Wales Island, 29 Januari 1806.

Straits Settlements Records. NL13 A32. 1826. Surat S.G. Bonham, Acting Resident of Singapore, kepada John Anderson, Secretary to the Government, Prince of Wales Island, Singapore and Malacca, 23 Disember 1826.



c. Dokumen pertubuhan antarabangsa

i. Bangsa Bangsa Bersatu

United Nations. 1974. The Charter of Economic Rights and Duties of States. General Assembly Resolution 321, 29. UN G.O.A.R Supplement. (No. 31), 50, UN Document A/9361. New York: United Nations.

United Nations. 1986. Report of the Committee on Information. General Assembly Official Records. Forty first Supplement No. 21 (A/41/21). New York: United Nations.

ii. UNESCO

UNESCO. 1960. Director General of UNESCO report. Paris: UNESCO.

iii. IAEA

IAEA. 1995. Coordinated research programme on assessment of environmental exposure to mercury in selected human populations. Vienna: International Atomic Energy Agency.

iv. WHO

WHO. 1991. Guidelines for the assessment of herbal medicines. Geneva: World Health Organization.


Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.

Cara menulis rujukan dan bibliografi Gaya UKM untuk bentuk penulisan yang lain akan saya tampal di entri lain nanti. Anda juga boleh melihat corak penulisan ilmiah untuk penulisan tesis, disertasi, laporan penyelidikan bagi memenuhi syarat pengijazahan di UKM di laman web Pusat Pengajian Siswazah.

Selamat menyiapkan tugasan dan kertas kerja. Jangan lupa tarikh akhir penghantaran!

No comments: